Kategori Tulisan

Video (9) Fakta Menarik (8) Fizik (7) Biologi (5) Islam (5) Matematik (5) Motivasi Diri (5) Kisah Teladan (4) Blog (3) Hadith (3) Al-Quran (2) Tarbiyah Hati (2) Kisah Cinta (1) Kisah Lucu (1) Tokoh Islam (1) Zikir Munajat (1)
Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts
Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts

Keunikan Penguin

Thursday, October 28, 2010

Pingu dan Penguin, apa bezanya? Saya rasa pasti ramai daripada kita yang pernah tengok cerita Pingu, kisah seekor Penguin di Antartica. Tapi ramai antara kita yang tidak tahu sangat tentang makhluk ciptaan Allah ini. Setiap makhluk ciptaan Allah pasti terdapat kelebihan padanya yang tidak kita duga dan kita fikir oleh akal kerana Allah itu luas pengetahuan-Nya dan Maha Bijaksana. Allah telah berfirman dalam surah Sad ayat 38 yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka."


Apabila bercakap tentang penguin mungkin ada antara kita yang teringat tentang satu iklan susu tepung di televisyen tentang habitat penguin. Penguin dan beruang kutub tidak menetap sekali walaupun kita sering melihat gambar-gambar penguin dan beruang kutub bersama pada poskad atau kulit buku yang berkisar tentang kutub utara dan kutub selatan. Hakikatnya beruang kutub menetap di Kutub Utara manakala penguin menetap di Kutub Selatan. Penguin yang tingal di Antartika (Kutub Selatan) merupakan adalah ciptaan Allah yang istimewa. Penguin mampu hidup dalam suhu 40 darjah Celcius di bawah paras beku. Ini kerana Allah telah anugerahkan kepada penguin dengan lapisan lemak yang tebal iaitu sehingga 3 sentimeter di bawah kulit. Lemak ini bertindak membantu penguin mengekalkan suhu badannya sekitar 39 darjah Celcius.


Pada awal bulan Mac hingga April, penguin yang juga haiwan sosial akan bergerak secara berkumpulan dengan pasangan masing-masing untuk pergi ke tengah daratan sehingga sejauh 80-120 kilometer. Boleh anda bayangkan bagaimana penguin ini yang berjalan terkodek-kodek mampu untuk bergerak sejauh ini dan yang pastinya ia bukan satu perjalanan yang mudah. Bagi penguin yang tidak mempunyai pasangan, ia akan terus mencari pasangan sehingga ia akan mati kesejukan kerana ditinggalkan oleh penguin yang lain. Sedih.


Penguin ini akan bergerak ke tempat yang sama setiap tahun untuk mengawan dan bertelur. Semasa bergerak menuju ke destinasi untuk bertelur, penguin-penguin ini akan bergerak dalam satu barisan yang teratur, jika dilihat dari jauh ia akan kelihatan seolah-olah manusia yang berjalan dalam satu barisan. Setibanya di sana, penguin-penguin ini akan mengawan dan bertelur. Setiap penguin betina hanya mengeluarkan sebiji telur untuk setiap kali musim mengawan. Fakta yang lebih menarik adalah sewaktu proses pengeraman telur penguin.


Telur penguin perlu dijaga dengan rapi kerana jika ia terkena ais atau tanah, ia akan membeku. Jadi selepas penguin betina bertelur, telur tersebut akan disambut dengan kaki dan kemudiannya akan diserahkan kepada penguin jantan. Penguin betina dan penguin jantan perlu berhati-hati semasa hendak memindahkan telur kerana jika berlaku sedikit kesilapan, telur tersebut akan rosak. Penguin betina akan kembali ke laut untuk mencari makanan dan bekalan untuk anaknya yang bakal menetas. Proses pegeraman seterusnya diserahkan kepada penguin jantan, Jadi nampaknya penguin jantan tak berpeluang untuk berpoligami kerana dia perlu mengeram telur tersebut dan seekor penguin hanya mampu untuk mengeram sebiji telur sahaja. Telur yang di eram akan diletakkan pada kakinya dan dilindungi oleh lapisan kulit yang tebal di bahagian bawah. Kulit ini akan menutupi keseluruhan telur.




Untuk tempoh selama 9 minggu iaitu waktu pengeraman, penguin jantan akan berdiri dan bergerak menggunakan tumitnya sahaja. Boleh kita bayangkan macam mana dan betapa sukarnya waktu itu. Selain itu, penguin ini juga akan berpuasa untuk tempoh itu. Berpuasa selama 9 minggu dalam keadaan kesejukkan dan terpaksa berdiri menjadikan makhluk ciptaan Allah ini sungguh unik. Untuk mengurangkan kesejukkan, Allah telah ilhamkan kepada penguin-penguin ini untuk berada dalam satu bulatan secara rapat-rapat. Ini dapat mengekalkan haba kepada mereka. Penguin-penguin ini juga akan bersilih ganti bertukar tempat supaya penguin yang berada di luar sekali akan dapat merasa berada dalam bulatan kawanan mereka juga. Sesungghnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.


Selain itu, Allah juga telah kurnia satu deria kepada penguin betina yang pergi mencari makan untuk pulang kepada pasangannya apabila telur hampir menetas. Selepas telur menetas, anak penguin akan dijaga oleh penguin betina dan diberi makan makanan yang berada di dalam temboloknya (tempat simpan makanan kat leher penguin). Penguin jantan yang kelaparan setelah berpuasa untuk tempoh hampir 9 minggu akan kembali ke laut untuk mencari makanan. Jika penguin betina tidak kembali tepat pada masanya, penguin jantan akan meninggalkan telur atau anak penguin yang baru lahir dan mengakibatkan kematiaan kerana penguin jantan terlalu lapar dan memerlukan makanan. Di sini peranan penguin jantan dan penguin betina amat penting dalam memastikan kesinambungan spesis mereka.


Jika kita renung dan amati kembali, pasti kita akan berasa kagum dengan kehebatan ciptaan Allah S.W.T yang tiada tandingan. Tidak ada satu pun yang diciptakan-Nya di muka bumi dan alam semesta ini dijadikan secara sia-sia melainkan terkadung hikmah dan pengajaran di dalamnya. Wallahua'lam.

Khasiat Minyak Ikan Kod

Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanya teruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.


Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan ia digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.

Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).

Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.

Bagi pesakit arthritis, keradangan adalah seperti pisau bercerancang kerana enzim boleh menyebabkan masalah serius. Keadaan ini berbeza pada orang sihat kerana enzim tidak aktif. Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 boleh merendahkan risiko
kerosakan rawan.


>>> Jadi, cuba-cubalah Makan Minyak Ikan Kod <<<

Fakta Menarik Tentang Haiwan

Wednesday, October 27, 2010


 1) Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yg dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.



 

2)Spesis ular laut memiliki bisa 10 kali ganda lebih kuat berbanding bisa ular tedung selar. Pada 1932, sekumpulan besar ular2 laut berbisa telah dilihat berkumpul di Selat Melaka. Perhimpunan ular2 itu mencapai 10 kaki lebar dan memanjang 70 batu. Apakah agaknya nasib kita kalau terjatuh ke dalam himpunan ular2 tu? Eerrkkk....





3)Gajah memerlukan 250 kg sayuran dan 200 liter air sehari. Belalainya boleh menyimpan air sebanyak 9 liter pada satu2 masa.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
4)Anjing juga menghadapi masalah sakit perut. Untuk mengatasinya, ia akan memamah rumput. Dengan cara ini, haiwan ini dapat memuntahkan semula isi perutnya dan sekaligus kesakitannya lega.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

5)Tikus mondok boleh menggali terowong sepanjang 300 kaki dalam masa 1 malam sahaja.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
6)Ikan terkecil di dunia dadlah Trimattum Nanus yang terdapat di kepulauan Chagos. Ukurannya 0.0075 mm panjang.


 
 
 
 
 
 
 
 
7)Labah-labah betina selalunya akan membunuh dan memakan pasangannya selepas mereka mengawan.


 
 
 
 
 
 
 
 
8)Ayam akan menghasilkan telur yang lebih besar jika lampu dinyalakan selama 28 jam di rebannya. Keadaan ini akan mengelirukan ayam bahawa waktu siang adalah amat panjang.




 
 
 
 
 
9)Semut menggeliat setiap kali bangun daripada tidur.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
10)Kedudukan mata keldai membolehkannya melihat keempat-empat kakinya tanpa perlu menoleh kepala.




Azan Tidak Henti-hentinya Dikumandangkan Di Seluruh Dunia



Sungguh menakjubkan seperti suaranya, dan nyata bagi umat muslim di seluruh dunia. Jika melihat pada peta dunia, kita akan menemukan bahwa Indonesia terletak di bahagian Timur dari bumi. Pulau-pulau besar di Indonesia adalah Jawa, Sumatera, Kalimantan atau Borneo, dan Sulawesi atau Selebes.


Segera setelah waktu fajar tiba, pada bahagian Timur dari Sulawesi, sekitar jam 05.30 waktu setempat, azan Subuh berkumandang, ribuan muadzin mengumandangkan azan. Proses ini berlanjut sampai ke bahagian barat Indonesia.

Satu setengah jam kemudian setelah azan di Sulawesi selesai, azan mulai di Jakarta, kemudian Sumatera dan sebelum proses suara menyenangkan itu berakhir di Indonesia, azan mulai berkumandang di Malaysia. Kemudian di Burma sekitar 1 jam setelah Jakarta mulai azan, kemudian berlanjut ke Dakka, ibukota Bangladesh.

Setelah Bangladesh, berlanjut ke baahgian barat India, dari Calcuta sampai ke Bombay dan seluruh India bergema oleh suara ‘proklamasi’ ini.

Srinagar dan Sialkot, sebuah kota di bagian utara Pakistan memiliki waktu azan yang sama. Perbezaan waktu antara Sialkot, Quetta dan Karachi adalah 40 minit dan dalam jangka waktu tersebut azan Subuh terdengar di seluruh Pakistan.

Sebelum selesai di Pakistan, azan mulai di Afganistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah 1 jam. Azan berkumandang di Hijaaz al Muqaddas yang terdapat dua kota suci Mekkah dan Madinah, kemudian Yaman, Uni Emirat Arab, Kuwait, dan Irak. Perbezaan waktu antara Bagdad dan Alexandria di Mesir adalah 1 jam.

Kemudian azan berlanjutan ke Syiria, Mesir, Somalia, dan Sudan. Perbezaan waktu antara barat dan timur Turki adalah satu setengah jam.

Alexandria dan Tripoli, ibukota Libia memiliki perzedaan waktu 1 jam. Proses panggilan azan berlanjutan ke seluruh Afrika. Sehingga suara proklamasi dari Tauhid dan Risalah Nabi yang telah dimulai dari Indonesia hingga akhirnya mencapai Pantai Timur dari Samudera Atlantik memakan waktu 9 setengah jam.

Sebelum azan Subuh mencapai Samudera Atlantik, azan Zuhur telah dimulai di bahagian timur Indonesia, dan sebelum sampai di Dacca Bangladesh, azan Asar telah dimulai.

Setelah mencapai Jakarta dalam waktu satu setengah jam kemudian waktu maghrib sampai di Sulawesi. Saat muadzin di Indonesia mengumandangkan azan Subuh, muadzin di Afrika mengumandangkan azan Isya'.

Jika kita mempertimbangkan fenomena ini secara keseluruhan, kita dapat menyimpulkan suatu fakta yang menakjubkan, yaitu tidak ada sedetik pun waktu terlewat di dunia ini tanpa suara azan dari muadzin di muka bumi ini. Bahkan saat anda membaca posting ini sekarang, yakinlah bahawa ada ribuan orang yang sedang mengumandangkan dan mendengarkan azan.

Azan itu terus berkumandang di muka bumi dan langit ini selama-lamanya dan tiada henti-hentinya sedikitpun bersahut-sahutan selama 24 jam dalam sehari selama seminggu penuh, selama sebulan, sepanjang tahun, sampai hari akhir nanti Insya Allah, Subhanallah …

Kelebihan Mandi

Tuesday, October 26, 2010

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.



Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.



Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.



Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.



Blogging Boleh Menyebabkan Kematian?

Tidak boleh dinafikan bagi sesetengah orang (terutama yang kurang berminat dengan aktiviti luar) blogging amat menyeronokkan dan kadang kala terasa semacam ketagihan. Namun ramai di kalangan blogger yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer kerana terlalu asyik blogging selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan menyebabkan otot-otot tubuh menjadi kaku, keras dan memedihkan mata. Selain itu turut mengundang ancaman lain yang berisiko tinggi kepada kesihatan.


Menurut kajian daripada Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand, pekerja pejabat atau sesiapa sahaja yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di depan komputer berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital yang disahkan mengidap Deep-vein thrombosis (DVT) atau darah beku, adalah terdiri daripada mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep-vein thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil daripada aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Perkara ini menjadi lebih buruk apabila bilik yang diduduki adalah berhawa dingin di mana udara sejuk di dalam bilik itu akan mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pesakit yang mengidap masalah itu secara purata duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34% dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah terdiri daripada mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan hanya duduk di kerusi, sementara 21% pengidap lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh berpindah ke jantung, paru-paru atau otak dan boleh menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang daripada kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Oleh itu wahai para blogger sekalian, beringat-ingatlah sebelum terlambat. Kesihatan perlu sentiasa diutamakan di dalam apa jua yang kita lakukan. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh www.mohdhafez.net. Terima kasih.

Nama Tempat Terpanjang Di Dunia



Jika anda merasakan nama tempat di negara New Zealand seperti gambar di atas merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai nama terpanjang di dunia, anda sebenarnya silap.


Terdapat lagi sebuah tempat iaitu di negara Thailand yang mempunyai nama yang lebih panjang daripada ini iaitu kira-kira sebanyak 163 huruf. Saya kurang pasti sama ada anda mampu menyebut nama tempat ini dengan sebutan yang betul.

Krungthepmahanakornamornratanakosinmahintarayutthayamahadilokphop


nopparatrajathaniburiromudomrajaniwesmahasatharn


amornphimarnavatarnsathitsakkattiyavisanukamprasit.


Jika diterjemahkan nama tempat ini ke dalam bahasa Inggeris, maksudnya adalah:

The great city of angels, the supreme unconqueralble land of the great immortal divinity (Indra), the royal capital of nine noble gems, the pleasant city, with plenty of grand royal palaces, and divine paradises for the reincarnated deity (Vishnu), given by Indra and created by the god of crafting (Visnukarma).

Namun begitu tempat ini masih mempunyai nama yang pendek iaitu Krung Thep (City Angels). Mungkin kerana orang-orang Thailand sendiri susah untuk mengingati nama sepanjang itu. Kita bernasib baik kerana tidak mempunyai nama tempat seperti itu, jika tidak tentu memakan ruangan yang banyak di atas peta.



Tidur Lama Cepat Mati?

Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat.

Beliau telah merumuskan bahawa…
- Tidur melebihi 8 jam sehari, risiko 12% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi 9 jam sehari, risiko 17% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi sehingga 10 jam sehari, risiko sehingga 34% untuk mati lebih cepat.

Ini bermaksud lebih lama anda tidur, maka lebih cepatlah anda menghadapi risiko kematian. Hal yang sama juga akan berlaku sekiranya anda kurang tidur. Anda turut dikatakan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan sekiranya amalan kurang tidur ini dibiarkan berpanjangan.

Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Oleh yang demikian, tidurlah mengikut tempoh yang disarankan. Tidur yang berkualiti akan memberi kesan yang positif terhadap diri anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿˙·٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥●•٠·˙✿... Assalamualaikum # Selamat Datang Ke Blog Cikgu Mawi ...✿˙·٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥●•٠·˙✿

Mintalah Pada Allah..

Mintalah Pada Allah..

Berusaha Dgn Kudrat Sendiri

Berusaha Dgn Kudrat Sendiri

Detik Yang Berlalu

Kalendar Hijriah

Lembaran 2010

Listen and Learn Quran

Quote of The Day

Mutiara Hati

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."
- Saidina Ali r.a. -

Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)."
- Riwayat al-Tirmizi -

Since 14 Oct 2010..

   

Cuaca di Melaka

Maher Zain

Profile Blogger

My photo
- Graduan Universiti Malaya program Sarjana Muda Sains Pendidikan dan juga merupakan graduan dari Politeknik Ungku Omar dalam bidang Power Electrical Engineering. Pernah bertugas sebagai Planner Engineering di UMW Toyota Assembly Sdn Bhd. Mula bertugas sebagai guru di SMK Paloh Kluang Johor dan kini bertugas di SMK Tinggi Melaka bermula Januari 2009.