Kategori Tulisan

Keunikan Penguin

Thursday, October 28, 2010

Pingu dan Penguin, apa bezanya? Saya rasa pasti ramai daripada kita yang pernah tengok cerita Pingu, kisah seekor Penguin di Antartica. Tapi ramai antara kita yang tidak tahu sangat tentang makhluk ciptaan Allah ini. Setiap makhluk ciptaan Allah pasti terdapat kelebihan padanya yang tidak kita duga dan kita fikir oleh akal kerana Allah itu luas pengetahuan-Nya dan Maha Bijaksana. Allah telah berfirman dalam surah Sad ayat 38 yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka."


Apabila bercakap tentang penguin mungkin ada antara kita yang teringat tentang satu iklan susu tepung di televisyen tentang habitat penguin. Penguin dan beruang kutub tidak menetap sekali walaupun kita sering melihat gambar-gambar penguin dan beruang kutub bersama pada poskad atau kulit buku yang berkisar tentang kutub utara dan kutub selatan. Hakikatnya beruang kutub menetap di Kutub Utara manakala penguin menetap di Kutub Selatan. Penguin yang tingal di Antartika (Kutub Selatan) merupakan adalah ciptaan Allah yang istimewa. Penguin mampu hidup dalam suhu 40 darjah Celcius di bawah paras beku. Ini kerana Allah telah anugerahkan kepada penguin dengan lapisan lemak yang tebal iaitu sehingga 3 sentimeter di bawah kulit. Lemak ini bertindak membantu penguin mengekalkan suhu badannya sekitar 39 darjah Celcius.


Pada awal bulan Mac hingga April, penguin yang juga haiwan sosial akan bergerak secara berkumpulan dengan pasangan masing-masing untuk pergi ke tengah daratan sehingga sejauh 80-120 kilometer. Boleh anda bayangkan bagaimana penguin ini yang berjalan terkodek-kodek mampu untuk bergerak sejauh ini dan yang pastinya ia bukan satu perjalanan yang mudah. Bagi penguin yang tidak mempunyai pasangan, ia akan terus mencari pasangan sehingga ia akan mati kesejukan kerana ditinggalkan oleh penguin yang lain. Sedih.


Penguin ini akan bergerak ke tempat yang sama setiap tahun untuk mengawan dan bertelur. Semasa bergerak menuju ke destinasi untuk bertelur, penguin-penguin ini akan bergerak dalam satu barisan yang teratur, jika dilihat dari jauh ia akan kelihatan seolah-olah manusia yang berjalan dalam satu barisan. Setibanya di sana, penguin-penguin ini akan mengawan dan bertelur. Setiap penguin betina hanya mengeluarkan sebiji telur untuk setiap kali musim mengawan. Fakta yang lebih menarik adalah sewaktu proses pengeraman telur penguin.


Telur penguin perlu dijaga dengan rapi kerana jika ia terkena ais atau tanah, ia akan membeku. Jadi selepas penguin betina bertelur, telur tersebut akan disambut dengan kaki dan kemudiannya akan diserahkan kepada penguin jantan. Penguin betina dan penguin jantan perlu berhati-hati semasa hendak memindahkan telur kerana jika berlaku sedikit kesilapan, telur tersebut akan rosak. Penguin betina akan kembali ke laut untuk mencari makanan dan bekalan untuk anaknya yang bakal menetas. Proses pegeraman seterusnya diserahkan kepada penguin jantan, Jadi nampaknya penguin jantan tak berpeluang untuk berpoligami kerana dia perlu mengeram telur tersebut dan seekor penguin hanya mampu untuk mengeram sebiji telur sahaja. Telur yang di eram akan diletakkan pada kakinya dan dilindungi oleh lapisan kulit yang tebal di bahagian bawah. Kulit ini akan menutupi keseluruhan telur.




Untuk tempoh selama 9 minggu iaitu waktu pengeraman, penguin jantan akan berdiri dan bergerak menggunakan tumitnya sahaja. Boleh kita bayangkan macam mana dan betapa sukarnya waktu itu. Selain itu, penguin ini juga akan berpuasa untuk tempoh itu. Berpuasa selama 9 minggu dalam keadaan kesejukkan dan terpaksa berdiri menjadikan makhluk ciptaan Allah ini sungguh unik. Untuk mengurangkan kesejukkan, Allah telah ilhamkan kepada penguin-penguin ini untuk berada dalam satu bulatan secara rapat-rapat. Ini dapat mengekalkan haba kepada mereka. Penguin-penguin ini juga akan bersilih ganti bertukar tempat supaya penguin yang berada di luar sekali akan dapat merasa berada dalam bulatan kawanan mereka juga. Sesungghnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.


Selain itu, Allah juga telah kurnia satu deria kepada penguin betina yang pergi mencari makan untuk pulang kepada pasangannya apabila telur hampir menetas. Selepas telur menetas, anak penguin akan dijaga oleh penguin betina dan diberi makan makanan yang berada di dalam temboloknya (tempat simpan makanan kat leher penguin). Penguin jantan yang kelaparan setelah berpuasa untuk tempoh hampir 9 minggu akan kembali ke laut untuk mencari makanan. Jika penguin betina tidak kembali tepat pada masanya, penguin jantan akan meninggalkan telur atau anak penguin yang baru lahir dan mengakibatkan kematiaan kerana penguin jantan terlalu lapar dan memerlukan makanan. Di sini peranan penguin jantan dan penguin betina amat penting dalam memastikan kesinambungan spesis mereka.


Jika kita renung dan amati kembali, pasti kita akan berasa kagum dengan kehebatan ciptaan Allah S.W.T yang tiada tandingan. Tidak ada satu pun yang diciptakan-Nya di muka bumi dan alam semesta ini dijadikan secara sia-sia melainkan terkadung hikmah dan pengajaran di dalamnya. Wallahua'lam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿˙·٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥●•٠·˙✿... Assalamualaikum # Selamat Datang Ke Blog Cikgu Mawi ...✿˙·٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥●•٠·˙✿

Mintalah Pada Allah..

Mintalah Pada Allah..

Berusaha Dgn Kudrat Sendiri

Berusaha Dgn Kudrat Sendiri

Detik Yang Berlalu

Kalendar Hijriah

Lembaran 2010

Listen and Learn Quran

Quote of The Day

Mutiara Hati

"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."
- Saidina Ali r.a. -

Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)."
- Riwayat al-Tirmizi -

Since 14 Oct 2010..

   

Cuaca di Melaka

Maher Zain

Profile Blogger

My photo
- Graduan Universiti Malaya program Sarjana Muda Sains Pendidikan dan juga merupakan graduan dari Politeknik Ungku Omar dalam bidang Power Electrical Engineering. Pernah bertugas sebagai Planner Engineering di UMW Toyota Assembly Sdn Bhd. Mula bertugas sebagai guru di SMK Paloh Kluang Johor dan kini bertugas di SMK Tinggi Melaka bermula Januari 2009.